Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall.-Confucius

Saturday, August 20, 2011

Im back! ...from matriks. -.-

Assalamualaikum. haha. (asal aku tibe2 gelak ...lantakla) okaaaay . dah lama gila x update blog . maklumlah, masuk matrik -.- . pnatnya thap haaaaaa. tp seronok sbb ramai org yg plik2, seronok2 , menyakitkan hati belaka. Tapi part yg menyakitkan hati tu, i'll leave it out . x mau menyumpah kat sini . :)


Okay first , ada diorg ni

I know, mcam orang x btulkan. haha. tapi diorg ni ...well, mmng x brapa nk btul haha


Seterusnyaaaaaaa,
taddaaaaaa! Budak laki praktikum aku . haha. ambik kesempatan ambik gambar guna projector kat kuliah .tapi bukan diorg jek laki kat prktikum aku . 

 Ini dia Ariff. Abang JPP Rohani Kms.

dan tokoh dikir barat kami. Ridhuan  :) (abang hot ) haha


Dekat matrik, aku x leh nk duk diam sangat , so bnyk gakla benda aku masuk . tapi just for fun jela...


 Bukit Jugra.

 Khatam Al-Quran

Berbuka dengan praktikum.

Nasyid :)

Akhir sekali ,
SM2K2P1

Saturday, May 7, 2011

Bila tiba masanya utk berpisah

Assalamualaikum,

Adoi dah tiba masa for the thing i hate the most . Making a choice and separating from others . -.-
Honestly , i'm going to miss most of the people in my life.  Including the teachers . Sampai termimipi cikgu malam tdi .haha.

Anyway, all good thing must come to an end right ?


.....wait who said anything about ending ? We are just getting started la beb. Lagi byk tempat kita pegi, lagi banyak kawan kita dapat. Walaupun kita berpisah ngan family , friends , " makwe or pakwe" , kita x ke mana pun sebenarnya. Ada di hati selalu beb . :)

Lagipun kita xtau whats in stored for us kan? Kita terjah jela. Jangan risaula kalau kita terjumpa orang yg salah kat sana . Aku ada terbaca kat  satu web ni .

Allah x kan bertemukan kita dgn orang yg salah .

And for those yg x dapat mana2. janganla ckp benda bukan2. Janganla ckp cmni








Friend : haih.. dh belajar tinggi tu jgn la lupa pandang ke belakang ek

Me: (budak ni cari naya ke ) .. buat pe nk pandang belakang? bukan ko kat sebelah aku je ke?

friend: mana ada. ko kan nnt berjaya , aku x.

Me : oi ngek ,  spe ko nk ckp bnda cmtu. blum tua lagi dh putus asa. org tua tu pun masih cari duit utk anaknya, ko xkan nk putus asa trus. adoi. lagipun kan best kalaua aku pandang sebelah ada kau. sama2 la berjaya. Rezeki ko ada kat luar sana. Jangan risaula.









....begitula lebih kurng perbualan aku ngan member aku. Tapi aku ada cut sikitla .sbb aku membebel mcm makcik tua waktu tu . -__- ;

aku bukan cakap ni utk sedapkan hati dia au. AKU CAKAP BETUL NI!!

Bagi kamu semua yang bakal berjaya dalam hidup tu, janganla lupa utk tolong org yg memerlukan pertolongan anda. x kisahla dia kwan bru ke lama ke . Apa salahnya kongsi kejayaan. X ke sedap hati tu ble tgk member pun berjaya ?

and jangan lupa kawan. ade sesetgh tu bila dh g U habis smua member lama dilupakan. Walaupun aku xde sijil sembelih macam sahabatku , aku tetap akn sembelih korg klau lupa member . -___-

hehe. Im not going to really sembelih you guys la. Jangan jadi bendul . haha.

Okla, condition mata aku x membenarkan aku on lama2 . Assalamualaikum. :P

Sunday, April 24, 2011

Pelindung ke Perosak?

Assalamualaikum , kali ini post macam melebihkan pada kaum Adam . Tapi klau pempuan nk baca pun x pela. Tmbah ilmu jugak kan. :)

Lelaki yg bijak sentiasa berusaha utk jd pelindung pada wanita.
Lelaki yg bijak xkan mintak dan harapkan sesuatau yg blm jd haknya.
Lelaki yg bijak sentiasa menjaga pandangan mata n hatinya.
Lelaki yg bijak sedar yg perempuan itu nak dirinya dihormati
Lelaki yang bijak hanya nk wanita yang terbaik utk jadi suri hidupnya.

Persoalannya sekarang, macam mana seorg laki tu dpt jadi pelindung terbaik bagi wanita? mcam mana geng? adakah dgn slalu sms? selalu call? selalu IM kat fb? selalu tanya khabaq? selalu kluar g makan Pizza Hut sama2 ? Ni pelindung ke perosak sebnrnya?

Oklah, dalam post ni, saya nk cte sikitla tentang adela seorang hamba Allah yang bernama Abdul Muhaimin B mohamad Yunit

Back to the story la kan, hamba Allah ni slalu risau yg dia akan stay single and available but not wanted . Risau ble dikatakan x ikut trend. Risau kalau kena reject ngan org yg disukainya. Sampai benda yg remeh tu boleh menjatuhkan confidence Ar-rijal ini.

Persoalannya, adakah dgn sms slalu, rajin bertanya khabaq, rajin buat smua bnda ngan si perempuan yg disukainya dapat menjamin yang dia ini akan menjadi pelindung yang terbaik untuk perempuan itu? Cuba pikiq elok2. Kita kena pilih langkah yg btul . Sbb One thing leads to another. Mungkin langkah yang kita sangkakan yang terbaik utk kita akan membawa lebih byk bnda buruk. Silap2 lebih mnjdi perosak drpd pelindung kan? hmm.

Macam mana plak boleh jd prosak?

yela, merosakkan dgn menambah saham dosa yg ditangguh oleh perempuan. Pelindung ke cmtu?

Merosakkan dgn stiap tindakan yg akhirnya membuat pempuan tu tergila2 bayangkan laki itu sampai lupa yg mana langit ngan bumi. Pelindung?

Merosakkan dgn membuatkan pempuan tu rasakan stiap perbuatan yg membawa kepada dosa itu 'indah dan romantic ' . Pelindung?

Merosakkan akhirnya hanya sbb pada awal2 dh start rosakkan. Pelindung ?

Ar-rijal ,
Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dgn tidak memandang mereka,
Jadilah pelindung kepada mereka dgn menambahkan ilmu dan amalmu supaya nnt kita dapat menjadi pemimpin kluarga yang dihormati,
Jadilah pelindung kepada mereka dgn menjaga akhlak kita,
Jadilah pelindung yg terbaik dgn mencontohi Rasulmu.


Nak jadi pelindung? Mintalah pertolongan Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita ni bukannya ada super power pun. Kita ni manusia biasa, kita x berdaya  walau macam mana kuat kta pun. Di saat kta masih x mampu, cukuplah dgn meminta Allah yg melindungi dan memerhati. Jadliah lelaki pintar yg sentiasa bijak menilai.

Ar-rijal,
Lelaki yg pintar sentiasa risau drinya akan menimbulkan ftnah kpd wanita,
Lelaki yg pintar x akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana itulah wanita sejati,
Yang mempunyai harga diri, yang takut pada Ilahi.
Lelaki yg pintar xkan risau dgn status 'single ' sbb dia tahu dgn izin-Nya kelak dia akan berjabat tangan dengan wali yg bakal memberikan titik noktah kepada status 'single' itu.

Wahai Ar-Rijal, jom kita bangkit :) . Kita dikurniakn kelebihan berbanding dgn kaum Hawa, gunakanlah kekuatan tersebut. Janganlah ambil sifat kaum Hawa. Mereka insan yg lemah , kita yang harus kuat!

Soallah diri kita, knp kita masih blum mampu melaksanakan suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yg betul n x btul ? apa yang benar n apa yg salah?

Soallah diri kita , jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ni dgn husnul khatimah (pengakhiran yang baik ) ? yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini sbagai seorang muslim? Confident ke syurga tu milik kita? confident?

Soallah dirikita, andaipun syurga dijanjikan pada kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sblm menjejak ke syurga lantaran 'hutang ' kita terhapad Allah blum langsai ? sanggup ke?

Bagaimana mungkin doa kita nak masuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan -Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halalkan' ?

Kita yang muda ni, kita bukan harapan negara, yg penting lagi, kita ni harapan agama kita . Byk lagi bnda yg kita kena hadapi kelak. Banyak lagi tanggungjawab. Tolaklah ketepi perkara2 remeh temeh yg x mmbawa manfaat kpada dri kita dan 'kawan' kita tu melainkan kerosakan sahaja.

Fikirkanlah dgn akal, renungkan dgn hati . Tolak tepi smua nafsu dihati yg mengaburi hati kita drpada menilai yg baik dan buruk , kerana hati x pernah menipu.


Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"
Aku menjawab, "Ya, benar."
Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

xde gunanya segala apa yg dikatakan ini andai katala hati kita tertutup dr kebenaran . Jomlah kita bersihkan hati kita, sebb itulah anggota yg paling berharga. Rosak hati, rosaklah segala-galanya. 

Itu sajela yg ingin disampaikan. Kalau ada terkasar bahasa , harap maaf . Segala yang baik dtg dr Allah, segala yng buruk dtg dr Allah juga tp diturunkan pada saya. Assalamualaikum. :)





Sunday, April 17, 2011

a song for you :)

You could've bowed out gracefully
But you didn't
You knew enough to know
To leave well enough alone
But you wouldn't
I drive myself crazy
Tryin' to stay out of my own way
The messes that I make
But my secrets are so safe
The only one who gets me
Yeah, you get me
It's amazing to me


How every day
Every day, every day
You save my life

I come around all broken down and
crowded out
And you're comfort
Sometimes the place I go
Is so deep and dark and desperate
I don't know, I don't know



Sometimes I swear, I don't know if
I'm comin' or goin'
But you always say something
without even knowin'
That I'm hangin' on to your words
With all of my might and it's alright
Yeah, I'm alright for one more night
every day
Every day, every day, every day
Every day, every day
You save me, you save me, oh, oh, oh
Every day
Every, every, every day-

Every day you save my life

Saturday, April 16, 2011

Penggunaan lagu :)

Assalamualaikum , kali ni post aku hanya utk ckp pasal lagu jek haha. xde keje -.-

Ok2. Ble difikirkan balik, dr dulu lagi aku tgk, klau orang tu sdih die dgr lagu emo. Kalau die marah ,dgr lagu hard rock . Kalau die bercinta, dia dgr lagu jiwang karat tahap giban ar. Klau Happy plak, lagu yg mcm biasa2 jek kecuali lagu Rebecca Black - Friday tula. Bertambah tension aku dgr -.-

TAPI, bagi org yg rasa mcm xde harapan nk hidup, putus asa, putus cinta, putus kawan, putus saudara, putus apa2 lagi la kan. JANGANLA KORANG DOK DENGAR LAGU SEDIH JEK! Pada mulanya bolehla dgr lagu sedih sekadar nak lpaskan apa yang dipendam. Tapi jgnla melebih. Cuba dgr lagu yang boleh naikkan semangat. Banyak je lagu yang boleh bagi korg semangat balik. Sebagai contohla, Rascal flatts- i'm moving on , In team - segenggam tabah , All american Reject - move along . Banyak lagila.

Bagi yang tgh happy tu, janganla pulak korg g balun lgu emo plak. Sekadar nk mendengar tu x pela, jgn smpai terkenang kisah lamala, kisah percintaan dulu la. Ngarut jek . Elok2 tgh happy ngan member, tbe2 emo . Tampo kang baru tau . -__-

Okla from the beginning aku rasa post ni ngarut tp apa salahnya aku habiskan :) k la ni hanya pendapat aku semata-mata . Lain orang lain cara, klau org tu x mau jgn paksa. Assalamualaikum. :D

Wednesday, March 30, 2011

Three Idiots .

Assalamualaikum , kali ni post aku pasal satu movie yang dah agk lama tp aku bru tgk.  Nama movienya ialaaaaaaah jeng jeng jeng!!


TADDAAAAA!! I know , the tittle of the post kinda spoliled it. But who cares -.-

Nama cte ni 3 idiots. Cerita Hindustan kot. Tapi sumpah best gila. Aku recommend korg tgkla . Cite ni banyak ceritalan bnda mcm friendship, courage blablabla.... smua bnda la. Bagi org yg nk melangkah ke alam universiti tu, tgkla cte ni. Bnyak yg aku blaja than i care to mention . TENGOOOOK!!

Wednesday, March 16, 2011

Soalan. 'ko x nak org syg gle2 kat kau ke '

Assalamualaikum, kali ni post aku ni nak cakap pasal persoalan kat tajuk post kali ni.

Sahabat aku bertanya kat aku pagi tadi. Pada mulanya memang aku terluka sikitla sbb aku rasa xde sape yang sayang aku sngt. Stiap kali ada yang cakap dia sayang kat aku , last2 mesti sama ada dia dah x anggap aku sbagai kawan, ataupun dia tinggalkan aku sebab dia jmpa org lain yang dia sayang lebih.

Tapi bila difikirkan balik, lebih baik mcm tu, sbb klau kita syg balik org tu. manala tau dia tinggalkan kita. Orang yang kahwin pun boleh bercerai. Ni plak org yang hanya cakap dia sayang tp x tunjukkan pun. Yela, maybe dia xtau mcm mana nk tunjuk. Xpela , klau nak tau seseorang tu syg ke x, senang jek. Orang yang x tinggalkan kita la yang sayangkan kita.

Bagi aku, aku macam dah x kisah orang sayang ke x aku. Klau ada masalah datangla cari aku, bila dah happy tu, tinggalkan jela aku kalau nak. Aku dah biasa jadi mcam perkhidmatan pun. Jujur aku cakap. Sebab sayang melebih pun nanti susah. Aku teringat aku terbaca satu bnda kat solusi, pastu aku carila , ni ha.

"Cintailah kekasihmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti " - Sayidina Ali bin Abi Talib

Oh ya, ini hanya pendapat aku saje. Selama ni memang aku pikir cmni pun , bukan sbb sahabat tu ungkitkan. :) Aku dah maafkan dah orang yang tanya soalan ni. Xde sebab nak marahkan.

Berapa ramai orang tinggalkan kita pun, Allah tetap ada. :)

Tuesday, March 15, 2011

Pemerhatian aku. Kegagalan lelaki.

Assalamualaikum. Hari ni kan. aku kluar tau...... aku jalan- jalan sambil terperhati. TER ok. Aku sedar ramai perempuan yang lawa, as in pakai tudung, pakai armsock, baju labuh, memang lawala. TAPI , ade je laki yg memegang tangan , ade je laki yang menggatal letak tangan kat bahu pempuan tu, lap-lap benda kat pipi la. macam- macam la.

Bukan apala, I thought, lelaki patut melindungi perempuan dari benda mcam tu.Bukan lelaki sepatutnya yang jaga perempuan dari jadi mangsa pada benda tu ke. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kepercayaan dari kaum hawa tu macam diambil kesempatan oleh kaum adam. Kaum adam sekarang ni kbnykannya mcm tula. But not all of them.

OI kaum adam! ingatla sikit peranan korang, janganla menggatal sangat. Kawal nafsu tu. Bimbingla diorang, percayala, klau dapat bimbing diorg, sjuk hati korg. Janganla nak rosakkan.

Ini peringatan bagi diriku dan orang lain. Bagi kaum adam, lindungilah dan bimbinglah kaum hawa. Bagi kaum hawa, tegurla kaum adam klau ada buat benda yang x betul pada korg. Jangan korg ingat kasih sayang korg tu membenarkan korg buat benda yang boleh dibuat waktu kahwin.

Tuesday, March 8, 2011

Lepas geram

Assalamualaikum, kali ni aku rasa cam nak post smethng but ini xde kena mengena ngan sape- sape. Just as a reminder for the readers and myself. Jangan ada yang terasa, ok?

    Hari ini aku pergi ke Alam Sentral di Shah Alam, aku ternampak sorang laki ni ngan perempuan berpelukan, xtaula dah kahwin ke belum . Diorg berjalan ke arah kedai CD, pastu lalu sebelah seorang laki yang besar la sikit. Aku lalu sebelah couple tu, skali aku terdengar perempuan tu kutuk laki yang berbadan besar tu. Perempuan tu cakp lebih kurng cmni, ' eei, geli lah i tgk die tu, gemuk , jalan lembab, berpeluh. nak muntah i tgk. Nasib baik i ada you. 'lebih kurng cmnila dia cakap kat balak dia tu. Yang kurang ajarnya, dia cakap direct depan laki sorg yg berbadan besar tu. Kesian aku tgk . Ikut hati aku, aku rasa macam nak bakar je mulut minah tu. 

     Bila dah azan Zuhur, aku pegi ke surau kat tingkat atas plaza tu, aku masuk, ternampak laki yg berbadan besar tu, dia tengah baca doa, nangis-nangis. Dia baca doa tu agak kuatla sbb wktu tu xde org. Aku terdengar sikit apa dia doakan . ' Ya Allah, Kuatkanlah hati-ku. Elakkan diri ku daripada di kutuk orang. Permudahkanlah segala urusan ku didunia. Kurangkanlah bebanku di dunia ini Ya Allah........' lebih kurang cmtula. Aku dengar pun, aku yang nak nangis. Waktu die dah habis, dia salam aku, tersenyum. Pastu bg salam. Sejuk hati aku. Aku harap dia dapat bertahan la and dapat apa yang dihajatkan.

     Aku x paham , budak2, bukan. ORANG zaman sekarang ni, termasukla orang tua skali pun, suka sangat label orang daripada penampilan je. X ramai yang tgk dari segi amalan, akhlak , kesopanan. Semua nak yg hot, smua nak yang lawa, handsome, cute. Tapi x ramai yang tgk amalan. Wei come onla, klau dah bercinta tu, smua benda yang dia nampak kat pasangan tu, smua baik. Taik yang pasangan kluarkan pun dia rasa wangi. Bukak la mata tu. Sebagai contoh, minah tadi tu, dia kata geli tgk org gemuk tu. Dia x pikir plak aku geli tgk dia pakai baju mcm nak serahkan diri kat mamt die tu. Pastu dengan peluk2 nya. Aku call JAIS, mau x naya dia tu. 

     Lagi satu, yang pakwe yang dia sayang sangat tu, dahla pakai rantai, rambut nak merah jek, pacak lagi. Muka je lebih. Tapi amalan aku x taula. Hanya Allah saja yang tau amalan dia.

     Pada pandangan aku la, aku rasa laki yang berbadan besar tu jauh jauh jauh lebih hebat dari mamt yang minah tu minat sangat. Boleh confirm la klau minah tu cakap cmtu kat balak dia, mesti balak nya lempang minah tu. Tapi laki berbadan besar tu buat bodoh je, dia sabar. X marah pun minah tu. Aku yang mcm nak tampar minah tu. 

      Bagi aku, orang yang hodoh, ialah orang yang melakukan apa yang dilarang oleh Allah. Contohnya, orang yang melakukan meninggalkan solat, maksiat , kutuk-kutuk orang lain , memaki ibu bapa sendiri, langsung x hormat ibu bapa, etc. Ini yang aku rasa sangat hodoh, x kisahla muka dia lawa mana ke , handsome mana ke. Diorg ttp hodoh bg aku klau die buat bnda2 cmni.

     Tapi, bagi orang yang cantik pada pandangan aku plak, orang yang pandai menjaga hati org lain, orang yang bertaubat, orang yang menunaikan solat, menghormati orang lain, murah dengan senyuman yang ikhlas, penyabar, etc. Ini sifat2 org yang cantik/ handsome bagi aku. Aku rasa laki yang berbdan besar tu, sangat handsome sbb die tetap bersabar walaupun dikutuk cmtu pun. Dia boleh dijadikan contoh.

     Zaman sekarang ni, orang cepat sangt melabel orang lain. Contohnya macam situasi tadi, perempuan tu x tau pun sifat laki yang bebadan besar tu, dia x kenal pun tapi dah label laki tu dengan truknya. Dia x tau, laki tu orang yang berpegang pada agama. 

     Dah, senang cite cmnila, aku xmau mengutuk lagi dah. Bertambah pans hati aku sbb aku x buat pape waktu bnda ni jadi. Ok, skrg ni, janganlah kita label org sblm kita kenal BETUL-BETUL org tu. Ataupun, klau nk senang x yah nak label- label ni. Cermin diri sendiri dulu apa-apa hal pun. Setiap orang lain sifatnya, harap- harap kita x lari dari ajaran Allah sudahla. 

    

Sunday, March 6, 2011

Berbaik sangka. Is it practical nowadays? by my cousin

"jangan terlalu berbaik sangka" sesekali kena buruk sangka. Tenang2 air jangan sangka tak de buaya... apapun kita kena berwaspada sentiasa kerana malang tidak berbau.-a typical comment we can hear nowadays from a so called 'orang banyak pengalaman hidup'

is there really such a thing as 'terlalu baik sangka?'
obviously berbaik sangka sangat berbeza dari ''menipu diri sendiri' dan 'lalai tidak berhati-hati'...
bila hal antara perkara ini bercelaru,wujud lah komen seperti 'terlalu berbaik sangka membawa padah',
'sesekali kena bersangka buruk ada baiknya'.mengarut.semua ni mengarut.

islam menganjur kan kita bersifat berbaik sangka.tapi the so called 'realiti hidup zaman sekarang' kononnya kalau x buruk sangka kat orang kita yang jadi mangsa,x payah nk buat baik kat orang,nanti kita yang kena makan,kena ambil kesempatan dek orang lain,kena pijak kepala.biar kita selfish,janji hidup x susah.
so....'ajaran islam dah x praktikal ke?'
some even went as far as to say 'it pays to be selfish nowadays'.i'll ask you back,is it really?

the benefits of 'sangka baik':-
1)menjauhkan diri dari sifat bongkak atau merendah-rendah kan orang lain.
situasi:
BXBNB:'eh ko tengok si Melur tu,tak reti-reti nak pakai tudung.apa dia ingat rambut dia aluminium ke boleh tahan api neraka?'
BBB:'x baik kau cakap macam tu,itu satu amalan dia yg kurang sikit dari kita,mungkin amalan lain seperti taat ibubapa,solat lima waktu nya terjaga lebih rapi dari kita.lagipun mungkin dia tak diajar kepentingan bertudung oleh ayah ibunya atau sebab2 tertentu.mana kau tahu kan?'
(klu:BBB-budak bersangka baik,BXBNB-budak x berapa nak baik)

amalan memakai tudung yg sepatutnya memperindah kan perilaku kita sebagai muslimah patuh,menjadi 'modal' untuk seseorang berbangga diri dengan merendahkan orang lain,maka amalan itu menjadi punca pemutus ukhwah,menutup peluang dakwah,bahkan ibadat kerana Allah menjadi sia2 bila si hamba ini mengangkat diri sendiri lebih mulia dari hamba yang lainnya,gara-gara tiada sifat berbaik sangka.
*penulis tidak bermakna menyokong atau meringankan kesalahan perlakuan tidak menutup aurat.yang salah tetap salah,itu dari konteks yang berbeza.

2)memupuk sifat pemaaf dan berkasih sayang.
situasi:
BXBNB:'berani si Farid tu curi duit aku rm200 yang aku letak atas peti ais tu.dah lama aku kawan ngan dia,x sangka macam ni perangai dia,dasar budak setan betul.memang xboleh percaya semua orang dalam hidup ni kecuali diri sendiri je,kawan baik pun makan kawan.'
BB:'eh,jangan macam tu,dia dah mengaku dan pulangkan duit tu semula kan?dia dah minta maaf dah pun.kau pun dah maafkan dia kan?
BXBNB:'aku belakon je maafkan dia,jangan harap la nak 0-0 dah lepas ni.aku xkan percaya dah budak bedebah tu lepas ni.kalau dasar pencuri,sampai bila2 mencuri.'
BB:'bersangka baik lah,selama ini kau berkawan dengan dia,xpernah pon dia ambil duit kau,sekali ini je pun.itupun dia sudah minta maaf dan pulangkan wangnya.mungkin dia sedang kesempitan wang.kau kawan dia ada kau tanya kenapa dia buat macam tu atau hulurkan pertolongan kat dia?'
BXBNB:'kau ni cakap senanglah,x kena kat kau.aku da kena ni,serik.ni pengalaman,nanti kena kat batang hidung kau,kau tau la rasanya.'

kalau si mangsa boleh bersangka baik dan memaafkan rakannya seikhlas hati,hubungan persahabatan bertahun lama dapat diselamatkan,rakan yang mencuri dapat dibantu dan dipimpin ke jalan benar.jika tidak,si pencuri dibiarkan bermasalah dan mungkin mencuri di lain kesempatan.persahabtan yang wujud pula penuh elemen prejudis dan pura-pura dan benci.

3)menjadi 'jambatan' benih ukhwah dan menjauhkan perselisiham faham
situasi:
BXBNB:'kau nak tau x?jiran kita yang baru pindah depan tu,katanya ada pangkat Datin.da sebulan dah pindah,sekali pon x pernah nampak batang hidung nak bertegur ngan kita jiran sekeliling rumah.orang kaya,asal banyak duit je mula tinggi hidung sombong,sama je perangai semuanya.'
BB:'erm kau pun pernah ke melawat ke rumah dia bertegur sapa?janganlah beranggapan begitu.mungkin dia malu atas sibuk.kalau semua orang biasa anggap orang kaya sombong dan semua orang kaya anggap orang biasa datang cuma nak duit,macam mana nak wujud semangat kejiranan.jom petang ini kita bawa buah tangan dan lawat dia di rumahnya.dari berspekulasi yang bukan2,baik kita sendiri berkenal kenal dapatkan kawan baru.'

belum tahu atau pasti apa-apa akan sesuatu hal,laju sahaja kita berspekulasi  yang sering kali terpengaruh dengan 'celf-centered opinion' yang selalunya bersifat menghukum dan biased.perkara biasa belaku seperti:melayu xnak kawan dengan cina,sebab?cina 'kutuk' melayu dalam bahasa mandarin/cantonese,melayu x faham.padahal bro cina tu cakap pasal nak makan nasi ayam(chi jifan) pon dituduhnya sedang mengutuk.
*hanya sebagai contoh,penulis tidak berniat mewujudkan sentimen perkauman.

4)macam2 lagi faedah,boleh fikir sendiri,bla bla bla~

so,macam mana dengan keburukan nya pula?tiada langsung.x percaya?

fikirkan,
1)orang yang berbaik sangka sampai boleh dipijak kepala,itu berbaik sangka atau bersikap bodoh?
jangan salah kan sikap konon anda ni berbaik sangka kawan tipu anda.
berbaik sangka itu x bermaksud anda bersikap bodoh alang tidak berhati-hati.
jangan kata anda yang ditipu sebab cuai adalah sebab anda berbaik sangka.ianya adalah sebab anda tidak berhati-hati.
2)anda lihat seorang lelaki makan tengah hari dalam bulan ramadhan.
'owh mungkin dia sakit gastrik melampau,bersangka baiklah...'.again bullshit.itu mungkin menipu diri sendiri.sebaik langkah ialah bertindak memastikan kebenarannya.seperti pergi bertanya mengapakah dia melakukan perbuatan tersebut?sebelum memastikan akan sesuatu hal seperti dalam keadaan ini,jika anda terus ber'sangka baik' mungkin seorang pesalah dibiarkan terlepas dari hukuman atau tindakan yang sewajarnya andai anda kononnya ber'sangka baik' padahal menipu diri sendiri dengan mem'buta'kan mata dari mencari kebenaran.bila kebenaran dipastikan,anda tidaklah terlanjur menyebarkan fitnah juga dapat merawat hati dari berprasangka dan menghina yang tidak baik.

berbaik sangka sama sekali tidak serupa 'menipu diri' dan 'tidak berhati-hati'

bagaimana dengan orang yang kata mahu berburuk sangka atau buruk sangka perlu kalau nak hidup zaman sekarang ni?

-those are selfish people.
'ko jgn ingat semua orng baik,dierang nak amek kesempatan kat ko je',statement konon berhati-hati padahal mementingkan diri tidak mahu bersusah susah ambil peduli akan hal orang lain

-golongan yang tidak redha dengan ketentuan ALLAH.
'aku ni memang jenis yang berhati-hati,tapi percaya kawannye pasal,da kena tipu.lepas aku kena aritu,ak mmg x pecaya sape2 da'.memang kita berhati-hati,tapi if Allah wills it,it will happen.kalau memang bukan kecuaian kita tapi masih berlaku,bersangka baik lah pada ALLAH.pasti ade hikmahnya ia terjadi.xperlu jadikan orang xberkaitan as mangsa.

-orang orang yang zalim.
'lelaki semua sama je,dasar penipu,pantang ade peluang,bukan boleh pecaye sgt'.sebab ali tipu aminah,aminah bukan sahaja marah kat ali,tapi marah kat abu,marah kat abdul,marah kat mior.biarpun abu tu ayah die,abdul tu abang die,dan mior tu besfren laki die,semua die marah n xpecaye walaupun yang lain ni x salah.ini zalim bile sesuatu diletakkan pada bukan tempatnya.siapa suka kena blame for something they didnt do?is it fair?

-mereka yang bila orang lain salah nampak sebesar gajah,sendiri salah sehalus kuman.
kalau kita ada buat salah dan dah menyesali perbuatan tersebut pastinya kita mahu diterima dan dimaafkan kembali.
orang yg seperti 'alah maafkan boleh,tp jgn harap aku boleh lupa.aku xley percaya ko da lepas ni,sori ar wei.peluang hanya sekali'.
betul ke da maafkan?kalau da maafkan kenapa masih x berlapang dada?kenapa masih x boleh let go?kenapa selalunya x boleh nak kembali ke keadaan asal?sebab masih ada fikiran
'alah dia ni,kalau bg peluang mesti die buat lagi nye,bukan boleh percaya,taubat la sangat kononnye,ceit'.
orng2 yg time die sala,sng2 je nk orng maafkn die,time orng lain salah kt die punyela berkire susahnye nk maafkn orng.

all this can be avoided dgn bersangka baik.
sangat menyedihkan kalau kita terpaksa hidup dalam keadaan isteri x percaya suami g kerja die ingat suami g foya2.anak pompuan x caye ayah disangka ayahnye nak rogol die sbb bace paper metro bnyk sgt.kawan sekelas berlainan bangsa dan agama semua disangka berniat jahat kat diri dia sebab syok sendiri mcm diri die best sgt.basikal kita hilang disangka anak jiran sebelah curi.to live in a society filled with prejudice which further breed fear and hatred,menyebabkan pergaduhan dan pecah belah...thats not what we want.

bersangka baiklah dengan cara yang betul.banyak baiknya kalau diamalkan.jangan salahkan bersangka baik atas kecuaian dan kesalahan anda.redhalah atas ketentuan tuhan.jangan sebab sekotak susu expired,satu kilang disalahkan.
last but not least ni hanya pendapat,i might be wrong or i might be right,to each his own pathway.

-Dr Qabul-

Thursday, March 3, 2011

Hari pertama.

Assalamualaikum, hari ini nak cte tentang aku  punya hari pertama merealisasikan azam baru. PERGI KE SURAU. :)

Mula-mula x taula kenapa , tapi rasa segan sbb jarang tunjuk muka kat surau tu .Selalunya pegi kat surau lain, tp disebabkan baru pindah. Kenala try surau lain pulak. Waktu nak parking kete tu, x bnykkete pun. Kat dalam surau pun x ramai. Tapi bila dah azan maghrib, mak aih... ramai sungguh. Suka betul aku. haha.Alhamdulillah ramai penduduk kat sini pegi ke surau, terharu plak haha. Aku mencari- cari la jugak ustaz yang selalu menjadi khatib waktu solat jumaat sbb nak mintak borang untuk khairat tp x kelihatan plak.

Bila menunaikan solat maghrib tu , kami diimamkan oleh seorang pakcik yang selama ni aku xsedar kewujudan die (sebab aku x slalu ke surau ) .Mak aih, surah yang dibacanya boleh tahan panjangnya, lenguh gak kaki. haha. Solat maghrib je dah makan 25 minit excluding doa. penat tapi serooonoooook. haha. =D

Lepas solat maghrib ada kuliah maghrib, mula2 ingatkan bosan tapi x disangka-sangka aku tergelak sampai sakit perut. Beeeest, malam ni cakap pasal Hukum-hukum dalam islam. Lain kali nak bawak buku nota yang cikgu Suhaila kasi, nak catit sikit apa yg disampaikan. rupa-rupanya surau ni selalu jemput ustaz dari luar buat ceramah. Ni menambah lagi minat aku untuk pegi .

Selepas ceramah, kami menunaikan solat isyak, suara ustaz tu sedap sangat. Sikit lagi nak macam suara Nazrey dari Raihan tu. haha. Alhamdulillah, malam ni dapat la jugak rasa ukhuwah penduduk kat rumah aku ni. Semuanya mesra, murah ngan senyuman. Selesa gak ade kat situ.

TAPI, ade tapi gak tu. Semuanya akan lebih sempurna kalau saf kat surau tu sama macam saf waktu kat TIKL tu. Bukan nak promote skola, cuma aku rindu betul solat berjemaah dgn bdak2 teknik sbb saf smua rapat, bahu bertemu bahu, tumit kaki bertemu dengan tumit kaki. Dapat rasa kekuatan berjemaah tu. Tapi slow-slow la, maybe one day surau ni jadi mcm tu, x ke bahagia aku . haha.

Alhamdulillah hari ni dapat mengambil langkah pertama dalam merealisasikan azam baru and Insyaallah akan berterusan sampai aku mati nanti. Akhir sekali, Jom baca doa! :)

"Ya Allah yang maha pelindung, kau lindungilah kami daripada godaan syaitan yang sentiasa menyuruh kami untuk meninggalkan arahan-Mu dan melakukan segala yang dilarang-Mu. Kau kuatkan hati kami untuk melawan hawa nafsu yang akan membawa kami ke neraka ,Ya Allah. Kau permudahkanlah urusan kami di dunia dan di akhirat kelak. Ya Allah ya Tuhanku, kau ampunilah segala dosa kami, yang sengaja, yang tidak sengaja, yang nyata, dan yang tidak nyata .Kau terima lah segala amalan baik kami Ya Allah dan bantulah kami untuk meningkatkan lagi amalan kami kepada-Mu . Ya Allah yang maha pengampun, Kau ampunilah segala dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, guru-guru kami, rakan-rakan kami dan seluruh umat Islam Ya Allah. Jauhikanlah kami dari azab api neraka dan masukkan lah kami ke dalam syurga-Mu . Kau tempatkanlah Nabi Muhammad S.AW di tempat yang telah kau janjikan. "

Insyaallah, apa yang aku type ni dapat memberi faedah pada korg, kalau x pun. trima kasih kerana sudi membca and aku mintak maaf kalau ade terguris hati atau membuat sesiapa terasa, xde niat pun.   :)
Assalamualaikum.

Wednesday, March 2, 2011

Di kala rasa lemah itu menjengah


Assalamualaikum, Hari ini aku terjumpa satu artikel kat iluvislam.com
Aku rasa ni mungkin boleh relate banyak kat kita, terutama remaja zaman sekarang ni . Jom baca! :)


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Memang.
Rasa lemah itu kadangkala menyapa diri.
Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur.
Terkadang, cukup satu ujian yang menerpa. Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.
Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, alhamdulillah.
Namun, kadang-kadang kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan merenggut segala daya dan upaya kita. Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada.
Lalu, masihkah ada sinar harapan buat kita bangkit kembali?
Bagaimana kita menyingkapinya?
Saya percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya.
Benar. Memang tidak dapat dinafikan. Saya pun pernah berada dalam kondisi itu. Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri. Keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun mampu tergoyah kembali.

Seringkali, kata-kata tulus mereka itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.
Namun bukan itu yang saya mahu sentuh di sini. Dalam konteks diri kita sendiri, bagaimana seharusnya kita berdepan dengan ujian itu. Bagaimanakah caranya untuk kita memotivasikan diri sendiri?
Ok. Perkara ini kita perlu faham dengan jelas, supaya tatkala kita diuji nanti mudah-mudahan perkongsian ini turut mampu membangkitkan kita kembali.
Mulakanlah dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara.
Bersangka baiklah.
Yakinlah, Dia tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti punya hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - [Surah Al-Baqarah, 2: 216]
Kemudian, sertai kepositifan tadi (bersangka baik) dengan bersabar. Inallaha ma'as sobirin.Kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar.
Sabar.
Dan kelak, kesabaranmu itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat. Agar kemudiannya kau dapat merenung kembali hikmah yang Dia susunkan itu, sambil dirimu tersenyum.
Kesilapan kita.
Ada masa kita silap.
Kita rasakan yang kita ini sudah cukup kuat, bagaikan kita ini telah kebal dari sebarang titik-titik kelemahan.
Terkadang, kita rasakan bahawa kita mampu berdiri sendiri sehinggakan kita fikir semua ujian yang datang kepada kita itu, mampu untuk kita selesaikan seorang diri.
Tidak. Saya tidak salahkan kemahuan kita untuk hidup berdikari.
Namun, kita sering lupa bahawa hakikatnya, kita ini hanyalah makhlukNya yang serba lemah dan kekurangan. Mampukah kita menanggung semua ujian itu dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan?
"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah." - [Surah An-Nisa', 4: 32]
Ya. Manusia itu sifatnya tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya; jika tidak dia memperoleh kekuatan itu dari Allah.
Bukankah ujian itu datangnya dari Allah? Maka, kepada siapa lagi harus kita kembalikan jika tidak kepada Dia Yang Maha Kuasa?
Namun, silapnya pada kita.
Kita sering menyombongkan diri untuk bersimpuh memohon pertolonganNya.
Kita merasakan diri kita sudah lengkap sempurna. Kuat, berkuasa.
Sedangkan hakikatnya, kita sedikit tidak punya daya jika Dia tidak mengizinkannya.
Wujudnya saat muhasabah.
Manusia jarang sekali mahu bermuhasabah diri. Tatkala disentap dengan ujian yang berat barulah wujud saat mereka kembali berfikir apakah salah silap mereka selama ini. Itupun jikalau mereka sedar.
Maka, salah satu hikmah dari ujian adalah wujudnya masa kita untuk bermuhasabah.
Masa untuk kita merenung kembali sejauh mana kehidupan ini telah dibawa.
Adakah kita masih berada pada landasan yang benar?
Hikmah dari muhasabah ini akan membawa kita melihat dan memikirkan pula hikmah-hikmah yang lain dari ujian tadi.
Baik.
Apakah hikmah yang ingin Dia tunjukkan kepada kita melaluinya?
Manusia itu selalu bersifat lupa diri tatkala diberi nikmat. Namun, tatkala kita diuji dengan sedemikian rupa, barulah kita bersegara kembali mencariNya. Sungguh-sungguh kita mohon padaNya agar dipermudahkan segala kesulitan yang ada. Sedang selama ini, hendak mengingatiNya sebentar pun terasa berat. Astagfirullah, hamba jenis apakah kita ini?
"Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdo'a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan." - [Surah Yunus, 10: 12]
Maka, di situ punya hikmah untuk sama-sama kita renungkan.
Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita.
Dia mahu kita kembali kepadaNya.
Dia mahu kita selamat di 'sana'.
Dia mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali.
Sekarang, jawab dengan hati kita. . .
Benarkah selama ini kita telah meletakkan Dia sebagai matlamat hidup kita?
Atau tanpa sedar kita meletakkan perkara-perkara lain (nikmat-nikmat yang Dia tarik itu mungkin) sebagai tujuan hidup yang mesti kita capai?
Benarkah kita telah meletakkan pergantungan kita sepenuhnya kepadaNya?
Atau mungkin, kita meletakkan pergantungan kita kepada 'tuhan-tuhan' lain (manusia-manusia lain atau diri sendiri) lebih, berbanding Dia Yang Maha Sempurna?
Moga-moga, hati-hati yang bersih itu mampu memberikan jawapan yang jujur.
Kerana saya yakin, pasti semua tahu, bahawa apabila kita sudah mengakui Allah itu sebagai Tuhan kita, seharusnya hanya Dialah yang menjadi matlamat utama hidup kita. Dan hanya kepadaNya jualah tempat kita bergantung segala.
Dan perkara-perkara lain yang 'terkorban' (ketika diuji) itu, tidak lain hanyalah salah satu kurnia dariNya dan juga sebagai ujian pembuktian keimanan manusia.
Seharusnya ia tidak mampu menggoyah matlamat hidup serta keyakinan kita.
Selama ini, adakah itu cara kita melihat?
Penutup: Kembali sedar matlamat dan peranan hidup
Kembalilah menapak bersama matlamat dan hala tuju yang jelas.
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepadaKu." - [Surah Ad-Dzariyat, 51: 56]
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, 'Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?' Dia berfirman, 'Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" - [Surah Al-Baqarah, 2: 30]
Manusia itu seharusnya sedar, bahawa tujuan dia tercipta di muka bumi ini adalah untuk menghambakan diri kepadaNya (melaksanakan tanggungjawab dan perintahNya, serta meninggalkan laranganNya).
Manusia itu sewajarnya sedar peranan yang perlu dia mainkan di muka bumi ini ialah sebagai khalifah; yakni dengan memakmurkan muka bumi, serta membawa manusia kembali kepada Allah, satu-satunya 'Illah' (Tuhan) seluruh semesta.
Setelah kesedaran, kefahaman, dan keyakinan tadi mendasar, semua permasalahan tadi pasti akan tampak lebih mudah. InshaAllah.
Wajar sahaja kita merasa sedih tatkala diuji, kerana itu merupakan lumrah seorang manusia. Namun, amatlah tidak wajar untuk kita merasa kecewa dan berputus asa. Sekaligus, kita tidak akan sesekali memanjangkan kesedihan yang dirasa.
Ya. Ia adalah atas keyakinan kita bahawa Allah itu Tuhan yang menciptakan segala.
Memperhambakan diri kepadaNya merupakan tujuan hidup kita.
Dan pasti, Dia tidak menciptakan sesuatu sia-sia, melainkan ada hikmahnya.
Jika kita sudah sedar akan perkara ini, maknanya, hikmah dari ujian itu seharusnya sudah nampak. Kebangkitan yang ditunggukan-tunggukan itu juga seharusnya sudah dimulakan langkahnya.
Wahai diri,
Kali ini. . .
Letakkan Dia 'bersama' ketika kamu menapak.
Dan pasti, jalan penyelesaian itu akan mula kelihatan.
" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah At-Talaq, 65: 2-3]