Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall.-Confucius

Monday, February 28, 2011

That Warm Feeling.

Assalamualaikum, :) . Sebenanrnya xde benda pun nak cite. Maklumlah, kehidupan aku x se- exciting macam org lain. Walaupun x exciting mana, aku still happy bila dapat rasa 'that warm feeling ' tu. hehe. Rasa selesa and xde masalah apa2 pun, rasa bahagiaaaaa. haha


Antara punca- punca dapat feeling tu :

1. Selepas mengambil wuduk : Selalunya bila ambik wuduk, mesti rasa seronok. Kalau tengah tension, mesti kurang tension tu.

2. Selepas menunaikan solat : Lepas mengaminkan doa, mesti rasa selesa. Kalau hati resah pun mesti rasa tenang.

3. Mengeluarkan air mata keinsafan : Waktu ni, rasa macam terlalu banyak dosa yang kita buat . Bukan macam, memang banyak pun. Aku rasa seperti budak x guna sbb bnyk buat apa yang Allah larang , setelah semua yang Allah kasi, aku plak berperangai teruk. Kadang2 menyampah ngan diri sendiri. BILA NAK BERUBAH MIN!? Im trying ,dont worry . :)

4. Bernasyid & berzikir: Bila bernasyid selalunya lega sbb dapat sampaikan pesanan dan peringatan yang berguna kat orang lain.

5. Membaca Al-Quran : Bila baca Al-Quran dan memahami maksudnya sekali ,Words cant express how I feel. Try it :)

6. Family - Bila spend time with family , seronok sangat, rasa disayangi. Sape kata kite perlukan awek untuk rasa disayangi? ngarut jek.

7. Friends - That moment when your friends are there when you need them . Its priceless . :)

8 In the end, mengingati Allah pun dah bahagia.

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

p/s : Fyna, kuatkan hati and teruskan. I'll pray for you :)

Wednesday, February 23, 2011

Menunaikan Janji pada Nooramalina Shahrom

Aleen! aku x ingat actually tajuk yg kita bincangkan haritu haha. Harap2 btulla apa aku jawab ni.

Ciri-ciri Salah seorang ahli skuad M yang tersayang :

1. Pentingkan agama. (semestinya. Alhamdulillah)

2. Hati yang sangat kuat. Dah macam- macam kau lalui, tapi ko masih boleh tersenyum, kagum aku, kadang2 iri hati sbb ko mampu buat mcm tu.

3. Murah ngan senyuman- Stiap kali aku jmp kau, msti ade je masa nak bergurau. Kecuali waktu Round table la. haha

4. Nostalgic - Selalu rindu round table, nak balik kul 1 or 2 pagi haha

5. Kuat bagi nasihat yang berkaitan dengan agama Islam.

6. Menitik beratkan persahabatan - ni aku masih xreti nak jelaskan. haha

7. Sangatla banyak lagi yang aku nak cakap, but words cant express it but sape dapat member macam kau amatlah bertuah. And i'm one of them . :)

23 february 2011

Well, actually benda ni start dari night before this day. Mood aku x betul. Tibe2 rasa sedih, marah x tentu pasal. Aku rasa mcm sampah. Apa aku buat smua x btul, hati x tenang. Rasa cm nak nangis x tentu pasal. Maybe aku rasa lonely kot. ntahla. ngarut jek. Tido ngan mood cmtu mmng x best.

Lpas bangun dr tdo esoknya. Masih sama lagi. Dahla ade kelas memandu. Sebelum g kelas, cuba tenangkan hati dgn dgr lagu2 dalam ipod .ingatkan klau dgar lagu rock, bolehla lpas geram . Tapi x jadi, lg bertambah geram. Sampaila aku dengar satu lagu ni. Segenggam Tabah - In-Team. Mula2 malu nak nyanyi, tp sbb dah x tahan, nyanyi jela kuat2 kat metro tu, buat malu jek.haha
Sikit lagi nak buat aku nangis dgar lagu ni. haha. Nasib baik x , klau nangis , buat malu jek nangis dpan org ramai. Lepas dengar tu tru s lega hati . Lirik die cmni:

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya


Bagi aku lagi ni penuh ngan makna, bagi semangat kat aku. Kalau ade masa, cubela dengar :)

Monday, February 21, 2011

Ciri- ciri isteri idaman (zik suruh)

To the readers of my blog , Assalamualaikum and a very good morning/afternoon/evening.
...
......
........

Dh lama x jadi MC rindu plak. haha. eh, back to the topic. Post kali ini dibuta kerana Zik sibuk sangat nk tahu. Aku pun tatau knp die nak tahu, his not even a girl. Jangan ko nk memandai cari jodoh untuk aku dahla. klau ye, aku sembelih kau mcm org yg xde lesen menyembelih .

Ok2

1. Macam biasala, yang paling penting beragama Islam and bukan hanya pada nama tau .

2. Bertudung . Selalunya, orang yang bertudung mmng nampak lawa, walaupun sebenarnya xdela lawa mana. Kalau x lawa, mesti sweet or comel. Sejuk mata memandang.haha

3. Senang menerima pendapat. Kalau boleh, aku nak org yang boleh trima pendapat org lain and bukan ikut kepala die jek. senang cite aku x suke 'queen control ' .

4. Berani tegur salah aku. Tegur ni bukanny marah, but bagi nasihatla. klau sikit2 marah tu mmng aku lari dari rumahla. Nnt aku la org yg jd suami lari rumah haha.

5.Senang dipujuk. Kalau yg susah nak pujuk kalau merajuk tu, maafla yek. aku mmng x reti nk pujuk org, lagi2 perempuan. Aku masih dalam pembelajaran dalam hal memujuk ni.

6. Bersemangat. Aku x tau knp, but aku suka org yang bersemangat x tentu pasal. Mungkin sbb seronok kot melayan. haha

7. Ketinggian. Ni aku ikut zik, sbb aku stuju ngan die. Tapi kalau tinggi sikit dri aku tu xpela, jangan ,melebih lebih tinggi dahla.

8. X kuat complain. or in other words , ngada2. Aku cakap awal2 la , aku suke nyanyi dalam bilik, klau kahwin nnt terpaksa la dgr so jgn nk complain haha.

9. X pakai make up tebal sangat. Menyeramkan aku haha

ada banyak lagi but ni last la kot, sbb aku xde idea aku nk isteri cmne.

10. Terima aku seadanya. Because i am not perfect .


NAH! ambik kau zik, puas hati? haha.

Tuesday, February 15, 2011

Alhamdulillah.



Assalamualaikum. Dah lama x post blog, biasala busy kan. Entah apa yang dibuatnya, saya pun xtau la. OH! Selamat Menyambut Maulidur Rasul ! Walaupun macam dah terlambat tp nk cakap gak. haha.

Siang tadi, kumpulan nasyid kami iaitu Elham, telah memasuki pertandingan buat pertama kalinya sempena maulidur rasul yang berlangsung di Masjid Bandar Tasek Puteri , Rawang. Walaupun kurang latihan bersama dan masing2 penat nak mati sbb x cukup rehat and persembahan kami x la sehebat mana, Alhamdulillah, Kami mendapat tempat pertama buat pertama kalinya. :)
Mungkin kali ini rezeki kami.

Well, walaupun kami menang, saya x rasa kami boleh menang tanpa pertolongan daripada rakan2 kami dari kumpulan nasyid yang lain. Post ini bukan saje nk memberitahu yang saya bersyukur yang kami menang, tapi ingin bersyukur kerana pertandingan ini telah merapatkan hubungan antara peserta peserta nasyid . Seronok gila dapat berbual dengan mereka smua. Walaupun masing masing bersaing tapi masih membantu antara satu sama lain.

Jadi, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka semua yang telah membantu kami dan telah membuatkan hari ini sangat menyoronokkan. Special thanks to abang man, kumpulan Nurani dan Kumpulan East Voice sebab banyak memberi tunjuk ajar kepada kami.Moga Allah memurahkan rezeki kita semua , memudahkan urusan kita di dunia n akhirat dan menetapkan niat kita untuk bernasyid sebagai satu cara untuk berdakwah. :)


Tahniah pada kumpulan Nurani sbb dapat 3rd place. Congratulation korg .:)







Elham & Nurani.



Sunday, February 6, 2011

Semalam :)

semalam kita, seriang kicau burung camar.
Mengharapkan sesama, ku dibelai manja.
disaat ini aku kesepian keseorangan.
kau tiada lagi, derai tawamu hilang ditelan masa.

Semalam aku, kau beri didikan berguna.
buat pedoman selama lamanya.
pemergianmu tiada pengganti .
Kasihmu oh ibu tak akan ku lupai.

Ya Allah peliharalah ibuku,
Seperti mana, ibu ku menjaga daku.

Kini kau dan aku, jauh terpisah.
Entah bila dan di mana, kita akan bersua.
Akan ku doakan , agar kau bahgia.
Disamping Yang -Esa kau diredha selamanya. Oh ibu.