Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall.-Confucius

Tuesday, February 15, 2011

Alhamdulillah.



Assalamualaikum. Dah lama x post blog, biasala busy kan. Entah apa yang dibuatnya, saya pun xtau la. OH! Selamat Menyambut Maulidur Rasul ! Walaupun macam dah terlambat tp nk cakap gak. haha.

Siang tadi, kumpulan nasyid kami iaitu Elham, telah memasuki pertandingan buat pertama kalinya sempena maulidur rasul yang berlangsung di Masjid Bandar Tasek Puteri , Rawang. Walaupun kurang latihan bersama dan masing2 penat nak mati sbb x cukup rehat and persembahan kami x la sehebat mana, Alhamdulillah, Kami mendapat tempat pertama buat pertama kalinya. :)
Mungkin kali ini rezeki kami.

Well, walaupun kami menang, saya x rasa kami boleh menang tanpa pertolongan daripada rakan2 kami dari kumpulan nasyid yang lain. Post ini bukan saje nk memberitahu yang saya bersyukur yang kami menang, tapi ingin bersyukur kerana pertandingan ini telah merapatkan hubungan antara peserta peserta nasyid . Seronok gila dapat berbual dengan mereka smua. Walaupun masing masing bersaing tapi masih membantu antara satu sama lain.

Jadi, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka semua yang telah membantu kami dan telah membuatkan hari ini sangat menyoronokkan. Special thanks to abang man, kumpulan Nurani dan Kumpulan East Voice sebab banyak memberi tunjuk ajar kepada kami.Moga Allah memurahkan rezeki kita semua , memudahkan urusan kita di dunia n akhirat dan menetapkan niat kita untuk bernasyid sebagai satu cara untuk berdakwah. :)


Tahniah pada kumpulan Nurani sbb dapat 3rd place. Congratulation korg .:)







Elham & Nurani.



No comments:

Post a Comment