Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall.-Confucius

Sunday, March 6, 2011

Berbaik sangka. Is it practical nowadays? by my cousin

"jangan terlalu berbaik sangka" sesekali kena buruk sangka. Tenang2 air jangan sangka tak de buaya... apapun kita kena berwaspada sentiasa kerana malang tidak berbau.-a typical comment we can hear nowadays from a so called 'orang banyak pengalaman hidup'

is there really such a thing as 'terlalu baik sangka?'
obviously berbaik sangka sangat berbeza dari ''menipu diri sendiri' dan 'lalai tidak berhati-hati'...
bila hal antara perkara ini bercelaru,wujud lah komen seperti 'terlalu berbaik sangka membawa padah',
'sesekali kena bersangka buruk ada baiknya'.mengarut.semua ni mengarut.

islam menganjur kan kita bersifat berbaik sangka.tapi the so called 'realiti hidup zaman sekarang' kononnya kalau x buruk sangka kat orang kita yang jadi mangsa,x payah nk buat baik kat orang,nanti kita yang kena makan,kena ambil kesempatan dek orang lain,kena pijak kepala.biar kita selfish,janji hidup x susah.
so....'ajaran islam dah x praktikal ke?'
some even went as far as to say 'it pays to be selfish nowadays'.i'll ask you back,is it really?

the benefits of 'sangka baik':-
1)menjauhkan diri dari sifat bongkak atau merendah-rendah kan orang lain.
situasi:
BXBNB:'eh ko tengok si Melur tu,tak reti-reti nak pakai tudung.apa dia ingat rambut dia aluminium ke boleh tahan api neraka?'
BBB:'x baik kau cakap macam tu,itu satu amalan dia yg kurang sikit dari kita,mungkin amalan lain seperti taat ibubapa,solat lima waktu nya terjaga lebih rapi dari kita.lagipun mungkin dia tak diajar kepentingan bertudung oleh ayah ibunya atau sebab2 tertentu.mana kau tahu kan?'
(klu:BBB-budak bersangka baik,BXBNB-budak x berapa nak baik)

amalan memakai tudung yg sepatutnya memperindah kan perilaku kita sebagai muslimah patuh,menjadi 'modal' untuk seseorang berbangga diri dengan merendahkan orang lain,maka amalan itu menjadi punca pemutus ukhwah,menutup peluang dakwah,bahkan ibadat kerana Allah menjadi sia2 bila si hamba ini mengangkat diri sendiri lebih mulia dari hamba yang lainnya,gara-gara tiada sifat berbaik sangka.
*penulis tidak bermakna menyokong atau meringankan kesalahan perlakuan tidak menutup aurat.yang salah tetap salah,itu dari konteks yang berbeza.

2)memupuk sifat pemaaf dan berkasih sayang.
situasi:
BXBNB:'berani si Farid tu curi duit aku rm200 yang aku letak atas peti ais tu.dah lama aku kawan ngan dia,x sangka macam ni perangai dia,dasar budak setan betul.memang xboleh percaya semua orang dalam hidup ni kecuali diri sendiri je,kawan baik pun makan kawan.'
BB:'eh,jangan macam tu,dia dah mengaku dan pulangkan duit tu semula kan?dia dah minta maaf dah pun.kau pun dah maafkan dia kan?
BXBNB:'aku belakon je maafkan dia,jangan harap la nak 0-0 dah lepas ni.aku xkan percaya dah budak bedebah tu lepas ni.kalau dasar pencuri,sampai bila2 mencuri.'
BB:'bersangka baik lah,selama ini kau berkawan dengan dia,xpernah pon dia ambil duit kau,sekali ini je pun.itupun dia sudah minta maaf dan pulangkan wangnya.mungkin dia sedang kesempitan wang.kau kawan dia ada kau tanya kenapa dia buat macam tu atau hulurkan pertolongan kat dia?'
BXBNB:'kau ni cakap senanglah,x kena kat kau.aku da kena ni,serik.ni pengalaman,nanti kena kat batang hidung kau,kau tau la rasanya.'

kalau si mangsa boleh bersangka baik dan memaafkan rakannya seikhlas hati,hubungan persahabatan bertahun lama dapat diselamatkan,rakan yang mencuri dapat dibantu dan dipimpin ke jalan benar.jika tidak,si pencuri dibiarkan bermasalah dan mungkin mencuri di lain kesempatan.persahabtan yang wujud pula penuh elemen prejudis dan pura-pura dan benci.

3)menjadi 'jambatan' benih ukhwah dan menjauhkan perselisiham faham
situasi:
BXBNB:'kau nak tau x?jiran kita yang baru pindah depan tu,katanya ada pangkat Datin.da sebulan dah pindah,sekali pon x pernah nampak batang hidung nak bertegur ngan kita jiran sekeliling rumah.orang kaya,asal banyak duit je mula tinggi hidung sombong,sama je perangai semuanya.'
BB:'erm kau pun pernah ke melawat ke rumah dia bertegur sapa?janganlah beranggapan begitu.mungkin dia malu atas sibuk.kalau semua orang biasa anggap orang kaya sombong dan semua orang kaya anggap orang biasa datang cuma nak duit,macam mana nak wujud semangat kejiranan.jom petang ini kita bawa buah tangan dan lawat dia di rumahnya.dari berspekulasi yang bukan2,baik kita sendiri berkenal kenal dapatkan kawan baru.'

belum tahu atau pasti apa-apa akan sesuatu hal,laju sahaja kita berspekulasi  yang sering kali terpengaruh dengan 'celf-centered opinion' yang selalunya bersifat menghukum dan biased.perkara biasa belaku seperti:melayu xnak kawan dengan cina,sebab?cina 'kutuk' melayu dalam bahasa mandarin/cantonese,melayu x faham.padahal bro cina tu cakap pasal nak makan nasi ayam(chi jifan) pon dituduhnya sedang mengutuk.
*hanya sebagai contoh,penulis tidak berniat mewujudkan sentimen perkauman.

4)macam2 lagi faedah,boleh fikir sendiri,bla bla bla~

so,macam mana dengan keburukan nya pula?tiada langsung.x percaya?

fikirkan,
1)orang yang berbaik sangka sampai boleh dipijak kepala,itu berbaik sangka atau bersikap bodoh?
jangan salah kan sikap konon anda ni berbaik sangka kawan tipu anda.
berbaik sangka itu x bermaksud anda bersikap bodoh alang tidak berhati-hati.
jangan kata anda yang ditipu sebab cuai adalah sebab anda berbaik sangka.ianya adalah sebab anda tidak berhati-hati.
2)anda lihat seorang lelaki makan tengah hari dalam bulan ramadhan.
'owh mungkin dia sakit gastrik melampau,bersangka baiklah...'.again bullshit.itu mungkin menipu diri sendiri.sebaik langkah ialah bertindak memastikan kebenarannya.seperti pergi bertanya mengapakah dia melakukan perbuatan tersebut?sebelum memastikan akan sesuatu hal seperti dalam keadaan ini,jika anda terus ber'sangka baik' mungkin seorang pesalah dibiarkan terlepas dari hukuman atau tindakan yang sewajarnya andai anda kononnya ber'sangka baik' padahal menipu diri sendiri dengan mem'buta'kan mata dari mencari kebenaran.bila kebenaran dipastikan,anda tidaklah terlanjur menyebarkan fitnah juga dapat merawat hati dari berprasangka dan menghina yang tidak baik.

berbaik sangka sama sekali tidak serupa 'menipu diri' dan 'tidak berhati-hati'

bagaimana dengan orang yang kata mahu berburuk sangka atau buruk sangka perlu kalau nak hidup zaman sekarang ni?

-those are selfish people.
'ko jgn ingat semua orng baik,dierang nak amek kesempatan kat ko je',statement konon berhati-hati padahal mementingkan diri tidak mahu bersusah susah ambil peduli akan hal orang lain

-golongan yang tidak redha dengan ketentuan ALLAH.
'aku ni memang jenis yang berhati-hati,tapi percaya kawannye pasal,da kena tipu.lepas aku kena aritu,ak mmg x pecaya sape2 da'.memang kita berhati-hati,tapi if Allah wills it,it will happen.kalau memang bukan kecuaian kita tapi masih berlaku,bersangka baik lah pada ALLAH.pasti ade hikmahnya ia terjadi.xperlu jadikan orang xberkaitan as mangsa.

-orang orang yang zalim.
'lelaki semua sama je,dasar penipu,pantang ade peluang,bukan boleh pecaye sgt'.sebab ali tipu aminah,aminah bukan sahaja marah kat ali,tapi marah kat abu,marah kat abdul,marah kat mior.biarpun abu tu ayah die,abdul tu abang die,dan mior tu besfren laki die,semua die marah n xpecaye walaupun yang lain ni x salah.ini zalim bile sesuatu diletakkan pada bukan tempatnya.siapa suka kena blame for something they didnt do?is it fair?

-mereka yang bila orang lain salah nampak sebesar gajah,sendiri salah sehalus kuman.
kalau kita ada buat salah dan dah menyesali perbuatan tersebut pastinya kita mahu diterima dan dimaafkan kembali.
orang yg seperti 'alah maafkan boleh,tp jgn harap aku boleh lupa.aku xley percaya ko da lepas ni,sori ar wei.peluang hanya sekali'.
betul ke da maafkan?kalau da maafkan kenapa masih x berlapang dada?kenapa masih x boleh let go?kenapa selalunya x boleh nak kembali ke keadaan asal?sebab masih ada fikiran
'alah dia ni,kalau bg peluang mesti die buat lagi nye,bukan boleh percaya,taubat la sangat kononnye,ceit'.
orng2 yg time die sala,sng2 je nk orng maafkn die,time orng lain salah kt die punyela berkire susahnye nk maafkn orng.

all this can be avoided dgn bersangka baik.
sangat menyedihkan kalau kita terpaksa hidup dalam keadaan isteri x percaya suami g kerja die ingat suami g foya2.anak pompuan x caye ayah disangka ayahnye nak rogol die sbb bace paper metro bnyk sgt.kawan sekelas berlainan bangsa dan agama semua disangka berniat jahat kat diri dia sebab syok sendiri mcm diri die best sgt.basikal kita hilang disangka anak jiran sebelah curi.to live in a society filled with prejudice which further breed fear and hatred,menyebabkan pergaduhan dan pecah belah...thats not what we want.

bersangka baiklah dengan cara yang betul.banyak baiknya kalau diamalkan.jangan salahkan bersangka baik atas kecuaian dan kesalahan anda.redhalah atas ketentuan tuhan.jangan sebab sekotak susu expired,satu kilang disalahkan.
last but not least ni hanya pendapat,i might be wrong or i might be right,to each his own pathway.

-Dr Qabul-

3 comments:

  1. good post... mne ko dpt min?? aku nak gak.. hehehe...

    ReplyDelete
  2. haha. ni sepupu aku buat during his spare time la

    ReplyDelete
  3. good . thumbs up !
    menarik nak baca walaupun panjang berjela2
    hee . keep it up la

    ReplyDelete