Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall.-Confucius

Thursday, March 3, 2011

Hari pertama.

Assalamualaikum, hari ini nak cte tentang aku  punya hari pertama merealisasikan azam baru. PERGI KE SURAU. :)

Mula-mula x taula kenapa , tapi rasa segan sbb jarang tunjuk muka kat surau tu .Selalunya pegi kat surau lain, tp disebabkan baru pindah. Kenala try surau lain pulak. Waktu nak parking kete tu, x bnykkete pun. Kat dalam surau pun x ramai. Tapi bila dah azan maghrib, mak aih... ramai sungguh. Suka betul aku. haha.Alhamdulillah ramai penduduk kat sini pegi ke surau, terharu plak haha. Aku mencari- cari la jugak ustaz yang selalu menjadi khatib waktu solat jumaat sbb nak mintak borang untuk khairat tp x kelihatan plak.

Bila menunaikan solat maghrib tu , kami diimamkan oleh seorang pakcik yang selama ni aku xsedar kewujudan die (sebab aku x slalu ke surau ) .Mak aih, surah yang dibacanya boleh tahan panjangnya, lenguh gak kaki. haha. Solat maghrib je dah makan 25 minit excluding doa. penat tapi serooonoooook. haha. =D

Lepas solat maghrib ada kuliah maghrib, mula2 ingatkan bosan tapi x disangka-sangka aku tergelak sampai sakit perut. Beeeest, malam ni cakap pasal Hukum-hukum dalam islam. Lain kali nak bawak buku nota yang cikgu Suhaila kasi, nak catit sikit apa yg disampaikan. rupa-rupanya surau ni selalu jemput ustaz dari luar buat ceramah. Ni menambah lagi minat aku untuk pegi .

Selepas ceramah, kami menunaikan solat isyak, suara ustaz tu sedap sangat. Sikit lagi nak macam suara Nazrey dari Raihan tu. haha. Alhamdulillah, malam ni dapat la jugak rasa ukhuwah penduduk kat rumah aku ni. Semuanya mesra, murah ngan senyuman. Selesa gak ade kat situ.

TAPI, ade tapi gak tu. Semuanya akan lebih sempurna kalau saf kat surau tu sama macam saf waktu kat TIKL tu. Bukan nak promote skola, cuma aku rindu betul solat berjemaah dgn bdak2 teknik sbb saf smua rapat, bahu bertemu bahu, tumit kaki bertemu dengan tumit kaki. Dapat rasa kekuatan berjemaah tu. Tapi slow-slow la, maybe one day surau ni jadi mcm tu, x ke bahagia aku . haha.

Alhamdulillah hari ni dapat mengambil langkah pertama dalam merealisasikan azam baru and Insyaallah akan berterusan sampai aku mati nanti. Akhir sekali, Jom baca doa! :)

"Ya Allah yang maha pelindung, kau lindungilah kami daripada godaan syaitan yang sentiasa menyuruh kami untuk meninggalkan arahan-Mu dan melakukan segala yang dilarang-Mu. Kau kuatkan hati kami untuk melawan hawa nafsu yang akan membawa kami ke neraka ,Ya Allah. Kau permudahkanlah urusan kami di dunia dan di akhirat kelak. Ya Allah ya Tuhanku, kau ampunilah segala dosa kami, yang sengaja, yang tidak sengaja, yang nyata, dan yang tidak nyata .Kau terima lah segala amalan baik kami Ya Allah dan bantulah kami untuk meningkatkan lagi amalan kami kepada-Mu . Ya Allah yang maha pengampun, Kau ampunilah segala dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, guru-guru kami, rakan-rakan kami dan seluruh umat Islam Ya Allah. Jauhikanlah kami dari azab api neraka dan masukkan lah kami ke dalam syurga-Mu . Kau tempatkanlah Nabi Muhammad S.AW di tempat yang telah kau janjikan. "

Insyaallah, apa yang aku type ni dapat memberi faedah pada korg, kalau x pun. trima kasih kerana sudi membca and aku mintak maaf kalau ade terguris hati atau membuat sesiapa terasa, xde niat pun.   :)
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment