Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall.-Confucius

Tuesday, March 8, 2011

Lepas geram

Assalamualaikum, kali ni aku rasa cam nak post smethng but ini xde kena mengena ngan sape- sape. Just as a reminder for the readers and myself. Jangan ada yang terasa, ok?

    Hari ini aku pergi ke Alam Sentral di Shah Alam, aku ternampak sorang laki ni ngan perempuan berpelukan, xtaula dah kahwin ke belum . Diorg berjalan ke arah kedai CD, pastu lalu sebelah seorang laki yang besar la sikit. Aku lalu sebelah couple tu, skali aku terdengar perempuan tu kutuk laki yang berbadan besar tu. Perempuan tu cakp lebih kurng cmni, ' eei, geli lah i tgk die tu, gemuk , jalan lembab, berpeluh. nak muntah i tgk. Nasib baik i ada you. 'lebih kurng cmnila dia cakap kat balak dia tu. Yang kurang ajarnya, dia cakap direct depan laki sorg yg berbadan besar tu. Kesian aku tgk . Ikut hati aku, aku rasa macam nak bakar je mulut minah tu. 

     Bila dah azan Zuhur, aku pegi ke surau kat tingkat atas plaza tu, aku masuk, ternampak laki yg berbadan besar tu, dia tengah baca doa, nangis-nangis. Dia baca doa tu agak kuatla sbb wktu tu xde org. Aku terdengar sikit apa dia doakan . ' Ya Allah, Kuatkanlah hati-ku. Elakkan diri ku daripada di kutuk orang. Permudahkanlah segala urusan ku didunia. Kurangkanlah bebanku di dunia ini Ya Allah........' lebih kurang cmtula. Aku dengar pun, aku yang nak nangis. Waktu die dah habis, dia salam aku, tersenyum. Pastu bg salam. Sejuk hati aku. Aku harap dia dapat bertahan la and dapat apa yang dihajatkan.

     Aku x paham , budak2, bukan. ORANG zaman sekarang ni, termasukla orang tua skali pun, suka sangat label orang daripada penampilan je. X ramai yang tgk dari segi amalan, akhlak , kesopanan. Semua nak yg hot, smua nak yang lawa, handsome, cute. Tapi x ramai yang tgk amalan. Wei come onla, klau dah bercinta tu, smua benda yang dia nampak kat pasangan tu, smua baik. Taik yang pasangan kluarkan pun dia rasa wangi. Bukak la mata tu. Sebagai contoh, minah tadi tu, dia kata geli tgk org gemuk tu. Dia x pikir plak aku geli tgk dia pakai baju mcm nak serahkan diri kat mamt die tu. Pastu dengan peluk2 nya. Aku call JAIS, mau x naya dia tu. 

     Lagi satu, yang pakwe yang dia sayang sangat tu, dahla pakai rantai, rambut nak merah jek, pacak lagi. Muka je lebih. Tapi amalan aku x taula. Hanya Allah saja yang tau amalan dia.

     Pada pandangan aku la, aku rasa laki yang berbadan besar tu jauh jauh jauh lebih hebat dari mamt yang minah tu minat sangat. Boleh confirm la klau minah tu cakap cmtu kat balak dia, mesti balak nya lempang minah tu. Tapi laki berbadan besar tu buat bodoh je, dia sabar. X marah pun minah tu. Aku yang mcm nak tampar minah tu. 

      Bagi aku, orang yang hodoh, ialah orang yang melakukan apa yang dilarang oleh Allah. Contohnya, orang yang melakukan meninggalkan solat, maksiat , kutuk-kutuk orang lain , memaki ibu bapa sendiri, langsung x hormat ibu bapa, etc. Ini yang aku rasa sangat hodoh, x kisahla muka dia lawa mana ke , handsome mana ke. Diorg ttp hodoh bg aku klau die buat bnda2 cmni.

     Tapi, bagi orang yang cantik pada pandangan aku plak, orang yang pandai menjaga hati org lain, orang yang bertaubat, orang yang menunaikan solat, menghormati orang lain, murah dengan senyuman yang ikhlas, penyabar, etc. Ini sifat2 org yang cantik/ handsome bagi aku. Aku rasa laki yang berbdan besar tu, sangat handsome sbb die tetap bersabar walaupun dikutuk cmtu pun. Dia boleh dijadikan contoh.

     Zaman sekarang ni, orang cepat sangt melabel orang lain. Contohnya macam situasi tadi, perempuan tu x tau pun sifat laki yang bebadan besar tu, dia x kenal pun tapi dah label laki tu dengan truknya. Dia x tau, laki tu orang yang berpegang pada agama. 

     Dah, senang cite cmnila, aku xmau mengutuk lagi dah. Bertambah pans hati aku sbb aku x buat pape waktu bnda ni jadi. Ok, skrg ni, janganlah kita label org sblm kita kenal BETUL-BETUL org tu. Ataupun, klau nk senang x yah nak label- label ni. Cermin diri sendiri dulu apa-apa hal pun. Setiap orang lain sifatnya, harap- harap kita x lari dari ajaran Allah sudahla. 

    

2 comments:

  1. asal minah tu kuang ajar sagt beb??
    ahahah
    lawa sangat ke dea??
    wangi sangat ke balak dea??

    ReplyDelete
  2. xmau aku terlibat sangat, kang nnt aku yang gaduh haha

    ReplyDelete