Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall.-Confucius

Sunday, April 24, 2011

Pelindung ke Perosak?

Assalamualaikum , kali ini post macam melebihkan pada kaum Adam . Tapi klau pempuan nk baca pun x pela. Tmbah ilmu jugak kan. :)

Lelaki yg bijak sentiasa berusaha utk jd pelindung pada wanita.
Lelaki yg bijak xkan mintak dan harapkan sesuatau yg blm jd haknya.
Lelaki yg bijak sentiasa menjaga pandangan mata n hatinya.
Lelaki yg bijak sedar yg perempuan itu nak dirinya dihormati
Lelaki yang bijak hanya nk wanita yang terbaik utk jadi suri hidupnya.

Persoalannya sekarang, macam mana seorg laki tu dpt jadi pelindung terbaik bagi wanita? mcam mana geng? adakah dgn slalu sms? selalu call? selalu IM kat fb? selalu tanya khabaq? selalu kluar g makan Pizza Hut sama2 ? Ni pelindung ke perosak sebnrnya?

Oklah, dalam post ni, saya nk cte sikitla tentang adela seorang hamba Allah yang bernama Abdul Muhaimin B mohamad Yunit

Back to the story la kan, hamba Allah ni slalu risau yg dia akan stay single and available but not wanted . Risau ble dikatakan x ikut trend. Risau kalau kena reject ngan org yg disukainya. Sampai benda yg remeh tu boleh menjatuhkan confidence Ar-rijal ini.

Persoalannya, adakah dgn sms slalu, rajin bertanya khabaq, rajin buat smua bnda ngan si perempuan yg disukainya dapat menjamin yang dia ini akan menjadi pelindung yang terbaik untuk perempuan itu? Cuba pikiq elok2. Kita kena pilih langkah yg btul . Sbb One thing leads to another. Mungkin langkah yang kita sangkakan yang terbaik utk kita akan membawa lebih byk bnda buruk. Silap2 lebih mnjdi perosak drpd pelindung kan? hmm.

Macam mana plak boleh jd prosak?

yela, merosakkan dgn menambah saham dosa yg ditangguh oleh perempuan. Pelindung ke cmtu?

Merosakkan dgn stiap tindakan yg akhirnya membuat pempuan tu tergila2 bayangkan laki itu sampai lupa yg mana langit ngan bumi. Pelindung?

Merosakkan dgn membuatkan pempuan tu rasakan stiap perbuatan yg membawa kepada dosa itu 'indah dan romantic ' . Pelindung?

Merosakkan akhirnya hanya sbb pada awal2 dh start rosakkan. Pelindung ?

Ar-rijal ,
Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dgn tidak memandang mereka,
Jadilah pelindung kepada mereka dgn menambahkan ilmu dan amalmu supaya nnt kita dapat menjadi pemimpin kluarga yang dihormati,
Jadilah pelindung kepada mereka dgn menjaga akhlak kita,
Jadilah pelindung yg terbaik dgn mencontohi Rasulmu.


Nak jadi pelindung? Mintalah pertolongan Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita ni bukannya ada super power pun. Kita ni manusia biasa, kita x berdaya  walau macam mana kuat kta pun. Di saat kta masih x mampu, cukuplah dgn meminta Allah yg melindungi dan memerhati. Jadliah lelaki pintar yg sentiasa bijak menilai.

Ar-rijal,
Lelaki yg pintar sentiasa risau drinya akan menimbulkan ftnah kpd wanita,
Lelaki yg pintar x akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana itulah wanita sejati,
Yang mempunyai harga diri, yang takut pada Ilahi.
Lelaki yg pintar xkan risau dgn status 'single ' sbb dia tahu dgn izin-Nya kelak dia akan berjabat tangan dengan wali yg bakal memberikan titik noktah kepada status 'single' itu.

Wahai Ar-Rijal, jom kita bangkit :) . Kita dikurniakn kelebihan berbanding dgn kaum Hawa, gunakanlah kekuatan tersebut. Janganlah ambil sifat kaum Hawa. Mereka insan yg lemah , kita yang harus kuat!

Soallah diri kita, knp kita masih blum mampu melaksanakan suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yg betul n x btul ? apa yang benar n apa yg salah?

Soallah diri kita , jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ni dgn husnul khatimah (pengakhiran yang baik ) ? yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini sbagai seorang muslim? Confident ke syurga tu milik kita? confident?

Soallah dirikita, andaipun syurga dijanjikan pada kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sblm menjejak ke syurga lantaran 'hutang ' kita terhapad Allah blum langsai ? sanggup ke?

Bagaimana mungkin doa kita nak masuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan -Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halalkan' ?

Kita yang muda ni, kita bukan harapan negara, yg penting lagi, kita ni harapan agama kita . Byk lagi bnda yg kita kena hadapi kelak. Banyak lagi tanggungjawab. Tolaklah ketepi perkara2 remeh temeh yg x mmbawa manfaat kpada dri kita dan 'kawan' kita tu melainkan kerosakan sahaja.

Fikirkanlah dgn akal, renungkan dgn hati . Tolak tepi smua nafsu dihati yg mengaburi hati kita drpada menilai yg baik dan buruk , kerana hati x pernah menipu.


Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"
Aku menjawab, "Ya, benar."
Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

xde gunanya segala apa yg dikatakan ini andai katala hati kita tertutup dr kebenaran . Jomlah kita bersihkan hati kita, sebb itulah anggota yg paling berharga. Rosak hati, rosaklah segala-galanya. 

Itu sajela yg ingin disampaikan. Kalau ada terkasar bahasa , harap maaf . Segala yang baik dtg dr Allah, segala yng buruk dtg dr Allah juga tp diturunkan pada saya. Assalamualaikum. :)





4 comments:

  1. Susah nak cari lelaki yang bijak dari segi menjadi pelindung kepada wanita ni. Even perempuan pun susah sangat nak cari yang bijak yang boleh lindung diri sendiri.

    Tiba tiba aku jadi takut

    ReplyDelete
  2. remember Allah, Insyaallah we will be ok if we put Allah first.

    ReplyDelete
  3. InshaAllah, Islam akan bangkit. InshaAllah akan lebih ramai lelaki2 yg bijak.

    (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. (An nur, 26)

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. mak aih ... klu rmai laki pk mcm ko en bgos :)

    ReplyDelete